
Inisiatif Permata Alumni UiTM – Surau Kolej Perindu
Inisiatif Permata Alumni UiTM (Sumbangan dan Infaq) diwujudkan sebagai platform rasmi bagi menghimpunkan sumbangan dan infaq alumni serta rakan strategik untuk menyokong kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan di UiTM Shah Alam. Inisiatif ini bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran dan ibadah yang lebih selesa, selamat dan kondusif. Inisiatif ini adalah projek alumni dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan UiTM.
Surau Kolej Kediaman Perindu (RM 200,000)
Pemasangan Sistem Penghawa Dingin & Kerja Elektrikal dan kerja Mengecat Dinding Dalam Surau
Pengiktirafan Penyumbang
Sebagai penghargaan, panel pengiktirafan akan disediakan bagi memaparkan nama penyumbang atau organisasi terlibat, tertakluk kepada garis panduan UiTM.
Jom Menyumbang!
Sumbangan kalian membantu memperkukuh kesejahteraan kampus dan membina legasi kecemerlangan UiTM.
Daripada Alumni, Untuk UiTM — Membina Legasi, Menyemai Bakti