Jom ikuti kisah dan perjalanan kejayaan Alumni UiTM di pentas kejayaan sebagai inspirasi buat semua
Senarai Permata Alumni:
Alumni UiTM tahun 2026
SITI NURIZZAH SHAMIMI BINTI AWANG @ MOHD AKMAL HELMIE
PELAJAR
SAYA TIDAK MENYESAL SAMBUNG BELAJAR DI UITM
Alumni UiTM tahun 2024
AHMAD SYAHIR BIN AHAMAD NZLY
PENSYARAH UiTM
Semoga Universiti Teknologi MARA (UiTM), Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUM), semua Alumni UiTM dan Permata Alumni UiTM akan terus berbakti kepada agama, bangsa, negara, bersinar, mengorak langkah serta mencapai kejayaan demi kejayaan yang lebih besar dari masa ke masa pada masa kini mahupun akan datang dengan cemerlang, gemilang lagi terbilang in shaa Allah, amin...
Alumni UiTM tahun 2018
Ts. Muhamad Nami bin Ahmad
Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
Sebagai salah seorang Permata Alumni UiTM, saya berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada institusi yang membentuk jati diri, profesionalisme dan hala tuju kerjaya saya pada hari ini. UiTM bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi ruang yang membuka peluang untuk saya berkembang, mencabar diri serta menemukan potensi sebenar dalam diri.
Pengalaman di UiTM mengajar saya erti disiplin, kepimpinan, kerja berpasukan dan nilai kebersamaan. Pensyarah yang berdedikasi serta rakan seperjuangan yang sentiasa memberi inspirasi telah memainkan peranan besar dalam perjalanan akademik dan kehidupan saya. UiTM telah melahirkan ramai graduan hebat dan saya bersyukur menjadi sebahagian daripada legasi itu sejak tahun 2018.
Kini sebagai alumni, saya komited untuk terus membawa nama UiTM dengan penuh rasa hormat dan kebanggaan. Saya berharap dapat menyumbang kembali dalam apa jua bentuk sama ada melalui khidmat, pengalaman, mahupun sokongan terhadap generasi baharu terutama dalam pentadbiran awam. Semoga UiTM terus maju, unggul dan menjadi peneraju pendidikan untuk masa depan anak bangsa.