Persekutuan Alumni UiTM membawa aspirasi pengukuhan jaringan alumni dan menjadi penasihat strategik kepada UiTM dan kerajaan bagi membina generasi permata bangsa.
Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM), yang didaftarkan semula pada 7 April 2008, telah memainkan peranan penting dalam menyatukan alumni UiTM. Di bawah kepimpinan Presiden pertamanya, YBhg Dato' Sri Ir Mohd Zin pada tahun 2009,
PAUiTM memperkenalkan logo rasminya pada tahun 2010, melancarkan Tabung Pendidikan 1 Billion (TP1B) dan Anugerah Graduan Cemerlang pada tahun 2015.
Pada tahun 2021, PAUiTM memperoleh kelulusan daripada ROS untuk menjadi persekutuan, dengan visi untuk menjadi badan utama gerakan alumni.
Misinya termasuk memperkukuh jaringan alumni dan menjadi penasihat strategik kepada UiTM dan kerajaan. Organisasi ini memberi tumpuan kepada lima agenda utama: pendidikan, ekonomi, jaringan sosial, industri, dan pembangunan alumni.
PAUiTM terus membina jaringan strategik melalui inisiatif seperti TP1B, persatuan alumni negeri dan fakulti, serta program kerjasama dengan UiTM untuk memperkukuh penglibatan alumni dan pembangunan komuniti.
Logo Persekutuan Alumni UiTM diserlahkan dengan imej sepohon pokok besar dan merimbun. Ia merupakan simbolisme UiTM sebagai sebuah institusi keramat yang menjadi teduhan kepada Bangsa bertuah ini. UiTM merupakan satu contoh kejuruteraan sosial yang berjaya dan telah menjadi tonggak kepada pembangunan negara.
Ia juga merupakan simbolisme Persekutuan sebagai sebuah badan apex yang menjadi tunjang kepada gerakan alumni UiTM. Kesemua persatuan alumni yang berdaftar adalah bahagian yang menjadikan pohon alumni ini subur dan berkembang mekar. Para alumni UiTM yang kini mencecah lebih 700 ribu orang juga diibaratkan berteduh di bawah lambang dan semangat UiTM sebagai sebuah institusi unggul.
Teduhan ini juga menjadi perlambangan Persekutuan sebagai organisasi besar yang didokong oleh semua persatuan alumni berdaftar.
MISI
Menjadi Badan Apex Unggul Kepada Gerakan Alumni UiTM
VISI
Menjadi organisasi berwibawa dan berkesan yang menaungi keseluruhan jaringan Alumni UiTM melalui pendekatan ekonomi, sosial, kebajikan dan profesional
MATLAMAT
Menyatukan kesemua Alumni UiTM dalam satu gerakan
Menjadi rakan strategik kepada UiTM dan Kerajaan berkaitan kemajuan pendidikan, latihan, sosio-ekonomi dan kesatuan Bumiputera
Memperkukuh, mengembang dan mempromosi manfaat Alumni melalui jaringan sektor Kerajaan, swasta, syarikat berkaitan Kerajaan dan orang perseorangan.
GARIS MASA PENUBUHAN
16 TAHUN MERENTAS MASA
Perjalanan unggul dalam membina sebuah perjuangan anak bangsa
Tahun 2008
Penubuhan Persatuan Alumni UiTM Presiden PAUiTM Pertama YBhg Dato’ Sri Ir Mohd Zin
Tahun 2012
Presiden PAUiTM Kedua YBhg Dato’ Zaini Hassan
Tahun 2014
Retreat cadangan pembentukan Persekutuan Alumni UiTM
Tahun 2015
Pelancaran Tabung Pendidikan 1Billion (TP1B) Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tahun 2016
Mesyuarat Penaja Joint Consultative Council (JCC) Persekutuan Alumni UiTM
Tahun 2017
Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persekutuan Alumni UiTM
Tahun 2021
Kelulusan pertukaran nama PAUiTM kepada Persekutuan Alumni UiTM oleh ROS
Tahun 2023
Kunjung Hormat PAUiTM bertemu YAB Perdana Menteri Ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim
Tahun 2024
Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Pembentukan Jawatankuasa Baharu Persekutuan Alumni UiTM Malaysia
Tahun 2024
Pembentukan Majlis Alumni UiTM
Tahun 2024
Senarai NGO, Persatuan & kelab bawah naugan Persekutuan Alumni UiTM.