
Tabung Pendidikan Alumni UiTM diwujudkan untuk menyokong pelajar UiTM yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan. Sumbangan anda akan digunakan sepenuhnya bagi menampung yuran pengajian, elaun sara hidup, serta keperluan pembelajaran pelajar terpilih.
Setiap sumbangan anda adalah pelaburan untuk masa depan negara.
Sertai usaha murni ini dan bantu mereka terus melangkah ke menara gading.