Tabung Pendidikan Alumni UiTM

Tabung Pendidikan Alumni UiTM ialah inisiatif berprestij hasil sumbangan para alumni UiTM sebagai tanda komitmen dalam menyokong pembangunan modal insan universiti.

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar berprestasi tinggi yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan, kokurikulum, serta kesukarelawanan.

Selain menyediakan bantuan kewangan, biasiswa ini juga bertujuan melahirkan graduan yang berdaya saing, berwawasan, dan berupaya memberi impak positif kepada masyarakat serta pembangunan negara.

Objektif Penajaan
Tabung Pendidikan Alumni UiTM

Menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar UiTM yang memerlukan sokongan kewangan.
Penajaan amaun penuh bagi satu orang penerima, meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, buku, dan lain-lain.

Jom Bersama Kami

Menyemai Harapan, Menyubur Kejayaan

Yuran
Pengajian
Yuran
Asrama
Yuran
Sara Hidup
Elaun
Komputer
Elaun Buku
& Peralatan
Elaun Penerbangan
Sabah & Sarawak
Sumbangan
Kecemasan
Setiap sumbangan anda membawa makna besar kepada masa depan anak bangsa. Melalui semubangan anda sangat membantu pelajar berpotensi tinggi yang memerlukan sokongan kewangan untuk meneruskan pengajian dan menggapai impian mereka.

Sumbangan anda

Membenih Kejayaan Anak Bangsa

  • Membuka pintu harapan ilmu kepada pelajar yang memerlukan.
  • Melahirkan generasi graduan yang berdaya saing dan berwawasan.
  • Menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Sumbangan anda adalah pelaburan jangka panjang dalam kejayaan anak bangsa. Menyumbang Sekarang Setiap ringgit anda membawa harapan baru.

Tabung Pendidikan Alumni UiTM

Setiap sumbangan, besar atau kecil, memberi impak yang berterusan kepada UiTM dan generasi masa depan.
©2026 AlumniUiTM.my | All rights reserved.
(No. Pendaftaran: PPM-003-10-04072009)