Forum Arshad Ayub Forum merupakan satu inisiatif yang bertujuan mencorak pemikiran dan membina bangsa, selaras dengan tema utamanya “Shaping Minds, Building the Nation”. Siri pertama forum ini mengetengahkan topik “Ekonomi Inklusif, Memperkasakan Ekuiti Bumiputera”, yang menekankan usaha memperkukuh keseimbangan ekonomi negara melalui penyertaan inklusif serta pembangunan kekayaan yang saksama.
Forum ini menghimpunkan pemimpin, ahli akademik, pakar industri dan pembuat dasar untuk berkongsi pandangan, cabaran, dan hala tuju dalam memperkasa ekuiti Bumiputera dalam konteks ekonomi moden Malaysia. Ia juga menjadi platform bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara sektor awam, swasta, dan akademia dalam usaha memartabatkan ekonomi Bumiputera secara mampan.
Acara ini dianjurkan oleh Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dengan kerjasama Yayasan Budiman Universiti Teknologi MARA dan Yayasan Arshad Ayub.
This form is currently closed for submissions.
This form is currently closed for submissions.