

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah sempena hari pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101.
Pencapaian ini merupakan bukti usaha gigih, iltizam yang utuh, serta semangat juang yang tidak pernah luntur. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta keemerlangan dan menabur bakti kepada masyarakat,negara, dan alma mater tercinta.
Sebagai alumni UiTM yang berjaya, teruskan membawa nama universiti dengan penuh integriti, profesionalisme dan kualiti yang membanggakan. UiTM sentiasa berbangga dengan kejayaan anda.