Podcast Zaman Now: Suara alumni UiTM, aspirasi generasi

Kongsi:

Dalam kelompok lebih 800,000 alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM), nama Asrul Abu mungkin belum begitu menonjol. Namun, inisiatifnya menerusi Podcast Zaman Now (PZN) semakin menarik perhatian dan mencipta gelombang tersendiri.

Podcast yang diterbitkan oleh Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM) dengan kerjasama Office of Industry, Community and Alumni Network (iCAN) serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ini menjadi wadah kepada suara alumni — merentasi generasi, disiplin dan latar belakang — untuk berkongsi kisah benar perjuangan mereka di alam realiti.

“Kenapa Zaman Now? Sebab kita cerita tentang alumni dahulu, yang kini sudah jadi tokoh dan pakar dalam bidang masing-masing,” kata Asrul, pengendali dan hos utama podcast ini kepada Malaysia Tribune.

“Daripada pengalaman mereka, kita harap ia dapat memberi dorongan terutamanya kepada adik-adik junior di kampus dan juga kepada sesiapa sahaja yang sedang mencari arah hidup atau inspirasi,” ujarnya lagi.

Setiap minggu, Podcast Zaman Now menampilkan tetamu jemputan dari pelbagai latar belakang.

sumber : malaysiatribune

Lihat Buletin Lain:

September 24, 2026

Baca Buletin

WYNDHAM GRAND i-CITY TAWAR KADAR PENGINAPAN EKSKLUSIF SEMPENA HIMPUNAN MESRA UiTM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Bersempena penganjuran Himpunan Mesra UiTM bersama YAB Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026, Wyndham Grand i-City menawarkan kadar penginapan eksklusif kepada warga Univ...

September 23, 2026

Baca Buletin

JANGAN LEPASKAN | BERNAMA RADIO FOKUS 30

Ikuti perkongsian khas mengenai Himpunan Mesra Alumni UiTM Bersama PMX menerusi segmen Fokus 30, BERNAMA Radio. Bersama Abang Mohd Hafizie Abang Bunsu, Pengarah Bersama Himpunan Mesra Alumni UiTM Bers...

Kekal Berhubung Bersama PAUiTM

Dapatkan berita, informasi dan perkembangan terkini PAUiTM terus ke emel anda.

©2026 AlumniUiTM.my | All rights reserved.
(No. Pendaftaran: PPM-003-10-04072009)