Podcast Zaman Now Season 2 kini kembali menemui pendengar dengan pengisian yang lebih segar dan impak yang lebih besar menerusi jalinan kerjasama strategik bersama badan-badan utama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Diterbitkan secara rasmi oleh Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM), musim baharu ini turut memperkukuhkan kedudukannya melalui kolaborasi erat bersama Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM. Kelancaran dan penjenamaan semula program ini turut mendapat suntikan wacana baharu menerusi penglibatan KAF Digital Bank yang bertindak sebagai Penaja Utama program.
Langkah strategik ini bertujuan memperkasakan wacana intelek, literasi kewangan digital, serta pembangunan modal insan dalam kalangan penonton dan pendengar sasaran. Menerusi sokongan padu KAF Digital Bank selaku penaja utama, Podcast Zaman Now mampu menampilkan kualiti penerbitan studio yang lebih moden dan interaktif, sekali gus memberikan pengalaman visual serta audio yang berkualiti tinggi. Kehadiran rakan-rakan kerjasama seperti PTAR dan ICAN UiTM pula memainkan peranan penting dalam meluas jaringan kandungan ilmiah serta memudahkan akses hebahan kepada seluruh warga kampus dan alumni di pelbagai platform.
Sepanjang siaran musim ini, Podcast Zaman Now bakal mengetengahkan pelbagai topik hangat yang merangkumi perkongsian pengalaman tokoh alumni, kejayaan pengamal industri, garis panduan keusahawanan, serta isu-isu belia semasa. Setiap episod dirangka khas bagi menyuntik inspirasi dan daya saing kepada para pelajar serta graduan untuk mendepani cabaran kerjaya masa kini. Para penonton dan ahli komuniti boleh menyaksikan siaran episod terbaharu program ini menerusi saluran YouTube rasmi Podcast Zaman Now serta platform media sosial berkaitan mulai sekarang.