Bersempena Hari Ulang Tahun Ke-27 Pengisytiharan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai Universiti, PAUiTM berbesar hati menyertai Wacana Dinamika Bumiputera yang menghimpunkan tokoh akademik, korporat, alumni dan profesional dalam membincangkan aspirasi serta masa depan Bumiputera dalam mendepani landskap global.
Turut menjadi panel ialah YBrs. En. Saiful Azhar Shaharun, Presiden Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), yang membawa perspektif alumni serta suara jaringan alumni dalam memperkukuh peranan UiTM sebagai pemacu pembangunan Bumiputera profesional.
Wacana sebegini menjadi ruang penting untuk kita menilai kembali legasi, peranan dan tanggungjawab UiTM dalam melahirkan generasi Bumiputera yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan mampu meneraju di peringkat global.
Daripada tradisi kepada transformasi, daripada akar kepada dunia. UiTM terus menjadi pemacu Bumiputera profesional.
#PAUiTM #UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7Dekad #UiTM27Tahun #AlumniUiTMPermataBangsa