Bersempena penganjuran Himpunan Mesra UiTM bersama YAB Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026, Wyndham Grand i-City menawarkan kadar penginapan eksklusif kepada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta para peserta yang menghadiri program tersebut.
Tawaran khas ini melibatkan penginapan di Deluxe Suite berkeluasan 550 kaki persegi, yang dilengkapi dengan dua bilik tidur berasingan, ruang tamu, ruang makan dan kitchenette, bagi memberikan keselesaan kepada tetamu sepanjang tempoh penginapan.
Dua pilihan kadar eksklusif ditawarkan, iaitu RM258+ setiap bilik untuk satu malam bagi pakej Room Only, manakala kadar RM358+ setiap bilik untuk satu malam merangkumi sarapan untuk dua orang. Semua kadar adalah tertakluk kepada 8 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sedang berkuat kuasa.
Tawaran tersebut sah bagi tempoh penginapan bermula 23 September hingga 30 September 2026.
Bagi mendapatkan kadar khas yang ditawarkan, warga UiTM dan peserta program boleh membuat tempahan secara terus dengan Hotel Reservations Team, Wyndham Grand i-City dengan menyatakan kod tempahan PMXUiTM26 semasa membuat tempahan.
Maklumat tempahan adalah seperti berikut:
Wyndham Grand i-City
WhatsApp / Telefon: +6017-887 4116 / +603-5521 8880
E-mel: [email protected]
Kod Tempahan: PMXUiTM26
Tawaran penginapan ini diharap dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada warga UiTM serta para peserta yang hadir ke Himpunan Mesra UiTM bersama YAB Perdana Menteri, sekali gus melengkapkan pengalaman sepanjang berlangsungnya program berkenaan.
Wyndham Grand i-City turut menzahirkan kesediaan untuk menyambut kehadiran warga UiTM dan para peserta serta menjadi sebahagian daripada penganjuran program istimewa tersebut.